Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Unit Amal WP Sertai XPDC Dakwah Di Lorong Gelap






untuk melihat gambar-gambar lain, sila klik butang dibawah


oleh : M.S Abu Sahid

Lorong Haji Taib - Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah menganjurkan satu program ramah mesra dengan bertemu penghuni-penghuni lorong gelap di Lorong Hj Taib semalam. Program yang diketuai oleh pengerusinya YB Dr Lo’Lo Hj Mohd Ghazali disertai oleh pemuda , muslimat serta Unit Amal PAS Wilayah Persekutuan.

Sebelum memulakan XPDC, semua petugas diberikan taklimat disurau Pejabat Agong PAS Pusat selepas solat Asar seterusnya dibahagikan beberapa kumpulan kemudian bergerak kesekitar kawasan-kawasan yang terlibat.

Selain mengawal keselamatan kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan, Unit Amal juga turut mengedarkan cenderahati berupa kad, bunga ros dan sebungkus makanan kepada setiap penghuni lorong terbabit.

Kebanyakan penghuni-penghuni yang terlibat menunjukkan reaksi yang positif dan gembira dengan kehadiran petugas-petugas XPDC PAS malah mereka membenarkan petugas-petugas naik ke bangunan yang mereka duduki.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top