Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Mesyuarat Terakhir ALP Amal W.Persekutuan Sesi 2007-2009





Semalam telah diadakan satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan yang terakhir untuk sesi 2007-2009.

Pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan, Saripuddin Mohd Yatim telah mengumumkan didalam mesyuarat tersebut yang mana beliau akan menyerahkan kepimpinan Jabatan Amal Wilayah Persekutuan untuk sesi 2009-2011 kepada pengganti beliau yang mana Timbalan Ketua Pengarah 1, Sdr Abd Jalil Mustafa telah dicadang kepada Ketua Pemuda dan Exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang baru untuk dilantik menjadi pengarah Jabatan Amal Wilayah Persekutuan.

Saripuddin yang tidak akan mempertahankan jawatan pengarah untuk sesi 2009-2011 menjelaskan yang beliau hendak menumpukan tugas megawal keselamatan pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut disamping telah dilantik sebagai AJK Lajnah Antarabangsa PAS Pusat. Selain itu faktor umur beliau yang telah hampir kepada umur 50 tahun menyebabkan beliau ingin berundur daripada memegang jawatan pengarah. Walaubagaimanapun beliau akan terus bersama Jabatan Amal Wilayah Persekuttuan sebagai ahli biasa.

Dalam mesyuarat itu lagi, Saripuddin mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah diatas segala kesilapan beliau sepanjang memimpin Jabatan Amal Wilayah Persekutuan.

Baca Lagi Selanjutnya......

Program Hi-Tea Wanita Pakatan Rakyat


Bahagian hadapan kediaman MB Selangor.

Pengarah Unit Amal Wilayah dan anggota yang baru tiba

Berkumpul di ruang legar luar kediaman MB Selangor


Solat Zohor dan ....

makan dahulu sebelum bertugas

Dr Syed Husin Ali turut serta menjamu selera bersama Unit Amal

Mula bertugas

Dewan Megawati yang terletak di bawah rumah MB tempat berlangsung program

Para wanita yang hadir


"Tugas dah selesai, mari pulang". Kata pengarah.

Pada hari Ahad 19 April yang lalu, Dewan Muslimat PAS Pusat dan Wanita PKR telah menganjurkan prgram Hi-Tea dan dialog di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam, Selangor.

Tajuk dialog yang diketengahkan dalam program tersebut adalah "Wanita Berdaya, Kita Bersaudara" yang mana Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali telah dijemput untuk membicarakan tentang tajuk berkaitan. Antara pimpinan wanita PKR, DAP dan Dewan Muslimat yang hadir adalah YB Dr Mariah Mahmud, YB Hjh Siti Zailah, Sdr Aiman Athirah Al-Jundi, YB Teresa Kok, YB Zuraida Kamarudin dan ramai lagi.

Dalam program tersebut, Unit Amal Wilayah Persekutuan telah dipanggil untuk membantu tugas-tugas keselamatan dan lalulintas sepanjang program berlangsung. Seramai 8 orang anggota yang telah memberikan perkhidmatan diketuai pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim.

Baca Lagi Selanjutnya......

Video Pada Hari Pernamaan Calon PRK Bukit Gantang







Baca Lagi Selanjutnya......

Catatan Amal WP Menyertai Hari Pernamaan Calon PRK P059 Bukit Gantang










Simpang, 27 Mac 2009 - Seramai hampir 30 orang anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang diketuai pengarahnya, Saripuddin Mohd Yatim telah bertolak ke Bukit Gantang Perak untuk berkhidmat di hari pernamaan calon Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang.

Trip pertama Saripuddin bersama 7 orang anggota termasuk penulis telah menaiki 2 buah kereta yang mana kami telah bertolak terlebih dahulu ke Bukit Gantang pada hari Sabtu jam 3.00ptg. Ini kerana Saripuddin dan penulis, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Malaysia Pusat ingin menghadiri mesyuarat khas disana. Manakala anggota yang selebihnya bertolak pada sebelah malam selepas Solat Maghrib.

Perjalanan kami yang mengambil masa 3 jam lebih disebabkan hujan lebat yang turun disepanjang perjalanan akhirnya tiba di Changkat Jering, Perak yang mana pada ketika itu telah masuk waktu Maghrib. Selepas mendaftar nama di Bilik Gerakan JPN Wilayah Persekutuan yang terletak di Taman Simpang Setia, Simpang, kami terus mencari rumah yang disewa oleh seorang ALP Unit Amal Wilayah Persekutuan iaitu Kasim Sabu yang terletak di Taman Kaya tidak jauh dari bilik gerakan JPN. Kasim yang telah berada di Bukit Gantang seminggu lalu disebabkan ingin berniaga baju tshirt dan peralatan kempen untuk PRK Bukt Gantang bersama rakan niaganya.

Selepas berehat, mandi dan solat jamak, kami pergi ke Markas Pemuda di sebuah restoran Selatan Tomyam yang terletak di bt 8 Changkat Jering untuk menghadiri mesyuarat bersama ALP Amal Pusat. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 1, Juhari Usman telah memaklumkan tugasan yang perlu dilakukan pada hari pernamaan calon keesokan harinya. Diselang-seli dengan taklimat dari pengarah Perak, Sdr Roslan Talib, semua anggota Unit Amal yang hadir untuk bertugas pada hari pernamaan calon diarahkan hanya menjadi peserta mengiringi calon dengan memakai baju biasa sahaja. Untuk tugasan keselamatan peserta dan pimpinan seperti yang dilakukan di PRK Kuala Terengganu, telah pun diberikan kepada 200 orang ahli PAS Perak dilantik oleh JPN Perak.

Akur dengan arahan tersebut semua Unit Amal seluruh Malaysia yang hadir telah diarahkan menjadi peserta dengan memakai baju biasa. Walaupun ada segelintir ahli PAS yang mengenali kami sebagai Unit Amal berasa hairan dan bertanya kenapa anggota Unit Amal tidak memakai uniform. Pertanyaan tersebut telah dijawab dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun ada juga segelintir ahli yang kami temui memakai uniform. Lalu kami dekati ahli tersebut dan bertanya adakah mereka tidak mendapat arahan. Lalu mereka menjawab tidak ada. Lantas kami menyuruh mereka agar memakai baju biasa sahaja dan mereka akur.

Selepas selesai hari pernamaan calon untuk PRK 059 Bukit Gantang yang mana calon yang bertanding adalah Dato' Seri Hj Mohd Nizar (PAS) menentang Ismail Safian (BN) dan calon Bebas, kami segera berangkat pulang ke Kuala Lumpur dan InsyaAllah akan kembali pada hari Jumaat 3 April untuk berkhidmat disaat-saat akhir hari pengundian.

Baca Lagi Selanjutnya......
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top