Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Unit Amal WP Sertai Misi Bantuan Di Selat Klang







untuk melihat gambar-gambar lain, sila klik butang dibawah



oleh : M.S Abu Sahid

Klang 6 hb September 2008 - Jabatan Amal Wilayah Persekutuan hari ini telah menghantar satu pasukan seramai 8 orang anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan untuk menyertai gotong-royong perdana membantu mangsa-mangsa ribut yang melanda beberapa kawasan di Selat Klang.

Menurut Timbalan Pengarah 1 Jabatan Amal Wilayah Persekutuan, Sdr Abd Jalil Mustafa (gambar) yang mengetuai misi bantuan berkata sukarelawan Unit Amal yang datang daripada seluruh negeri telah dibahagikan beberapa kumpulan untuk ke kawasan-kawasan yang terlibat. Dengan membawa peralatan bertukang dan peralatan mencuci, semua anggota sukarelawan daripada Unit Amal begitu bersemangat membantu walaupun dalam keadaan berpuasa.

Selain anggota-anggota Unit Amal Malaysia, gotong-royong tersebut juga disertai oleh jabatan-jabatan kerajaan seperti RELA, Pasukan Gerak Am (PGA) dan beberapa lagi agensi termasuk Jabatan Bomba.

Kejadian ribut itu berlaku pada petang 1 September lalu yang mana telah melibatkan hampir 1000 keluarga di beberapa kawasan seperti Sungai Udang, Kampung Delek, Telok Gadong, Telok Pulai serta beberapa kawasan yang terdekat. Kebanyakan mangsa yang terlibat mengalami kerosakan rumah yang mana bumbung serta atap rumah tercabut dan ada yang diterbangkan oleh ribut tersebut. Ada juga beberapa kenderaan mangsa ribut tersebut yang remuk dihempap pokok besar selain banjir yang melanda di beberapa kawasan.

Dari laporan yang diterima, tidak ada sebarang kecederaan atau kematian yang berlaku dalam bencana tersebut. Mangsa-mangsa yang rumah mereka mengalami kerosakan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai di Telok Gadong sementara menunggu bantuan untuk membaiki rumah mereka tiba.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top