Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

200 Sertai XPDC Dakwah Di Konnsert Avril





Stadium Merdeka - Lebih kurang 200 sukarelawan pemuda, muslimat, mahasiswa dan Unit Amal menyertai xpdc dakwah di perkarangan stadium merdeka semalam. XPDC dakwah tersebut adalah susulan daripada bantahan Pemuda PAS Wilayah kepada konsert Avril yang diadakan pada malam itu.

XPDC dakwah yang diketuai oleh Sdr Kamaruzaman (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan) , bermula pada pukul 7 petang. Sebelum memulakan edaran risalah, para peserta XPDC solat fardhu maghrib dan sunat hajat secara berjemaah dikawasan berdekatan dengan stadium Merdeka.

XPDC tersebut turut disertai oleh Ust. Nasrudin Tantawi (Timb. Ketua Pemuda PAS Pusat), Sdr Adram (Exco DPPP) dan Sdri. Aiman Athirah (Setiausaha Dewan Muslimat PAS).

Peserta XPDC dipecahkan kepada 3 kumpulan dan mula bergerak mengedarkan risalah pada kira-kira jam 8 malam. Suasana agak tegang apabila kumpulan yang diketuai oleh Sdr Adram cuba dihalang oleh pasukan polis. Walaubagaimanapun akhirnya pihak polis membenarkan edaran risalah dengan syarat-syarat tertentu.

Target utama edaran pada malam tersebut ialah orang-orang Islam dan Melayu, yang ingin menonton konsert tersebut.XPDC tersebut yang tamat pada pukul 11.30 malam, diakhiri dengan tazkirah dan doa oleh ust Nasrudin Tantawi.

Kamaruzaman juga mengumumkan dua lagi XPDC yang akan di buat pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka dan 31 Ogos pukul 4 petang di Lorong Hj Taib. Selain itu ceramah, munajat dan qiamullail malam merdeka yang dianjurkan oelh Lajnah Dakwah dewan Pemuda akan diadakan di Ampang bersempena sambutan 35 tahun kepimpinan ulama.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top