Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Selanat Penganti Baru Rashidi & Suhaili







untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila klik butang dibawah


oleh : M.S Abu Sahid

Alhamdulillah .... Tahniah diucapkan kepada Sdr Mohd Rashidi B. Abd. Razak kerana telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Nur Suhaili Bt. Sururi. Majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 3.30 petang semalam diadakan di Masjid Alam Shah, Jalan Tun Razak yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.

Rashidi yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan adalah seorang peniaga muda yang cekal dan tabah. Beliau mempunyai sebuah kedai runcit yang diusahakan selama hampir 5 tahun. Walau pun sibuk dalam perniagaan, tugas dan tanggunjawab beliau terhadap jemaah dan parti akan diutamakan dari hal perniagaannya.

Selain berniaga, beliau mendidik remaja dan kanak-kanak dengan mengajar Al-quran dan tajwid di Markas Tarbiah PAS Taman Dato' Senu tanpa mengenakan sebarang bayaran. Ramai juga remaja-remaja yang dibimbingnya berjaya dalam pelajaran dan ada yang istiqamah dalam perjuangan PAS.

Beliau telah mengikat pertunangan dengan isteri beliau hampir 5 tahun juga memandangkan isteri beliau merupakan seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Menurut beliau, isterinya akan menyambung kembali pengajiannya pada bulan November ini untuk menamatkan pengajiannya tertangguh.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top