Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Himpunan Membantah Forum Anjuran Majlis Peguam







untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila klik butang dibawah


oleh : M.S Abu Sahid

Disebabkan keengganan membatalkan penganjuran forum yang bertajuk "Memeluk Islam" yang dianjurkan oleh Majlis Peguam telah mendorong seramai kira-kira 500 orang berhimpun dihadapan bangunan Majlis Peguam pagi tadi bermula pukul 9.30 pagi untuk membantah penganjuran forum tersebut.

Dengan membawa sepanduk berbunyi "Jangan Cabar Islam", "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam", "Awas Persatuan Peguam, jangan bermain api", semua peserta himpunan melaungkan "Hancur Bar Council" dan "Hidup Islam" sambil mendesak Majlis Peguam menghentikan forum tersebut yang dijadualkan berlangsung pada pukul 10.00 pagi.

Dalam pada itu, seramai kira-kira 20 orang anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan telah hadir bagi mengawal keselamatan serta ketegangan yang timbul dikalangan peserta himpunan.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top