Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Program Rehlah & Makan Buah






untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila klik butang dibawah


Pada hari Sabtu 2 Ogos yang lalu, Jabatan Amal DPPWP sekali lagi mengadakan program rehlah di Tanjung Malim, Perak. Program yang lebih kepada bersantai ini diadakan untuk kalangan Ahli Lembaga Pengarah untuk memantapkan ukhwah sepertimana program yang diadakan sebelum ini.

Lokasi rehlah ini diadakan bertempat di dusun buah-buahan kepunyaan Ustaz Aziz Arof yang merupakan Naqib Usrah Unit Amal Wilayah Persekutuan. Memandangkan dusun kepunyaan Ustaz Aziz sedang berbuah, beliau menjemput kami angota-anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan ke dusunnya untuk memetik buah sambil mengadakan program pengisian. Antara buah-buahan yang terdapat didusun Ustaz Aziz ialah durian, manggis, rambutan, langsat dan pulasan.

Selain aktiviti makan buah, kami juga membuat aktiviti memancing ikan serta menahan jaring di sungai. Ustaz Aziz juga telah memberikan kuliah maghrib dan kuliah subuh sebagai pengisian kami. Program kami berakhir pada keesokan hari iaitu hari Ahad waktu tengahari. Sebelum pulang, Ustaz Aziz menghadiahkan kami buah-buahan yang kami kutip untuk dibawa pulang.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top