Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Unit Amal WP Berkhidmat Di Majlis Perkahwinan







Hari ini Unit Amal WP telah diperlukan untuk membantu mengawal keadaan lalulintas di majlis perkahwinan adik kepada Haji Roslan yang merupakan seorang aktivis PAS Kawasan Titiwangsa dan juga merupakan imam di Masjid Ar-Rahimah, Kg. Pandan.

Dalam majlis yang berlangsung siang tadi, seramai 6 orang anggota yang telah hadir bagi membantu majlis tersebut yang diketuai oleh Timbalan Pengarah 1, Sdr Abd Jalil Mustafa. Memandangkan pada hari ini juga, ada sebahagian anggota ditugaskan membantu program motivasi pelajar yang dianjurkan oleh Nisa' WP di Sungai Lui, Hulu Langat.

Walaupun bilangan anggota Unit Amal WP tidak begitu ramai, banyak program-program dapat dijalankan dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top