Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Majlis Pelancaran Amal GEN-2 Kawasan Lembah Pantai


Kuala Lumpur 21 November 2008 - Satu Majlis Pelancaran Unit Amal Generasi ke-2 kawasan Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan akan diadakan pada malam ini bertempat di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Majlis yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai serta Jabatan Amal Wilayah Persekutuan akan dirasmikan oleh Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS) dengan diiringi Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Jamsari Marsom.

Seramai kira-kira 30 orang anggota telah direkrut oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai untuk menjadi sayap pelapis pasukan sukarelawan Unit Amal Wilayah Persekutuan seiring dengan kawasan-kawasan lain yang tetap komited dan aktif seperti kawasan Titiwangsa, Batu, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

Majlis akan dimulai dengan pemeriksaan perbarisan seluruh anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan disusuli dengan pemakaian beret kepada Unit Amal Kawasan Lembah Pantai oleh Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu dan tayangan slide aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Amal Wilayah Persekutuan.

Selepas majlis pelancaran, satu ceramah umum akan diadakan oleh Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu berserta Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Puan Nurul Izzah Anwar dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Hj Mohamad Nor Mohd.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top