Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Presiden PAS Tunai Haji: Unit Amal WP Iring Ke KLIA





untuk melihat gambar-gambar lain, sila klik butang di bawah



KLIA 28 Nov 2008 - Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang bersama isterinya serta beberapa pimpinan PAS Pusat iaitu Ketua Pemuda PAS, YB Salahudin Ayub, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad serta Setiausaha Politiknya telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Haji semalam.

Pemergian Tuan Guru Presiden ke tanah suci yang dijangka selama 2 minggu adalah atas jemputan kerajaan Arab Saudi yang mana Tuan Guru dan ahli rombongan akan dilayan sebagai tetamu kerajaan.

Beberapa pemimpin Pas turut berada di lapangan terbang untuk mengucap selamat jalan kepada Tuan Guru. Antaranya ialah, Timbalan Presiden, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas, Dato' Mustapa Ali, Timbalannya yang juga ahli Parlimen Kota Bharu, YB Dato' Wan Abdul Rahim. Ikut sama ialah Yang Dipertua Pas Kawasan-Kawasan di seluruh Selangor, Ketua Penerangan Muslimat Pusat dan Unit Amal Wilayah Persekutuan.

Dengan membawa banner mengucapkan selamat jalan kepada beliau, Pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan, Saripuddin Mohd Yatim telah meminta Tuan Guru Presiden agar mendoakan untuk seluruh anggota Unit Amal agar terus istiqamah dalam perjuangan.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top