Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Muktamar DewanPemuda PAS WilayahPersekutuan Kali Ke - 23





oleh : M.S Abu Sahid


Pada 22 Jun lalu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah mengadakan muktamar kali ke 23 bertempat di Darul Ummah, Kg. Pandan, Kuala Lumpur.

Seramai kira-kira 70 orang perwakilan yang hadir pada muktamar kali ini yang mana acara dimulai dengan pemeriksaan perbarisan Unit Amal serta exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang dibuat oleh Ybhg Ustaz Azman Shapawi Abd Rani Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Selain daripada itu, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tn. Hj Mohamad Noor Mohd turut hadir mengiringi Ustaz Azman Shapawi.

Pada muktamar kali ini, beberapa usul telah diluluskan untuk dibawa ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan di Perak Ogos nanti.

Selepas memeriksa perbarisan, Ustaz Azman Shapawi memberikan ucaptama seterusnya merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kali ke 23.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top