Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Jambori Amal Kebangsaan Kali Ke-16 2008 Mencatat Sejarah

oleh : M.S Abu Sahid

Jambori Amal Kebangsaan kali ke-16 yang berlangsung pada 30 Mei hingga 1 Jun di Kg Sayong Lembah, Kuala Kangsar kelmarin telah mencatat sejarah berbanding jambori tahun-tahun lalu. Ini kerana seramai kira-kira 2300 orang peserta dari seluruh negeri kecuali Sabah dan Sarawak telah menjadi peserta. Jumlah tersebut merupakan penyertaan teramai daripada tahun-tahun lepas.

Pada kali ini, Jabatan Amal DPPWP juga telah mencatat sejarah kerana telah menghantar 97 orang anggota Unit Amal dari golongan remaja dan pemuda menyertai jambori ini berbanding tahun-tahun yang lalu yang mana jumlah peserta dari kanak-kanak yang ramai menyertai. Dan pada jambori kali ini Jabatan Amal DPPWP tidak membuka penyertaan kepada kanak-kanak memandangkan tidak mempunyai bajet untuk menampung kos pengangkutan.

Walaupun tanpa persediaan yang secukupnya, kontinjen Jabatan Amal DPPWP telah menyertai setiap acara yang diadakan seperti pertandingan kayak, pentomen, tarik tali, futsal, kawad kaki, memanah, ironman serta pertandingan khemah terbaik.

Dalam acara tersebut, Jabatan Amal DPPWP telah memenangi tempat ketiga dalam 2 acara iaitu pentomen dan kawad kaki.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top