Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Jambori Amal Kebangsaan Di Kuala Kangsar


Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Hrkh) - Jabatan Amal akan mengadakan Jambori Amal Kebangsaan kali ke-16 selama tiga hari iaitu bermula 30 Mei hingga 1 Jun ini.

Ketua Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Shahrani Abu Sahid berkata, jambori tersebut akan diadakan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak. Katanya majlis perasmian akan dilakukan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan penutupnya pula disempurnakan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Jumlah peserta yang akan hadir ke Jambori berkenaan dianggarkan 1,450.

Pelbagai aktiviti diatur antaranya ialah gotong royong, sukan seperti paint ball, memanah, kawad kaki, sukaneka rakyat dan program derma darah serta rawatan kesihatan percuma.

Sehubungan itu katanya, semua Jabatan Amal Negeri dikehendaki menghantar seramai mungkin kontijen masing-masing bagi menyertai acara yang ditetapkan. Para peserta hanya dikenakan bayaran RM5 seorang.

“Segala sokongan dan perhatian mereka amat kami hargai,” katanya kepada Harakah.

No comments:

Post a Comment

 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top