Sekiranya anda mempunyai maklumat aktiviti @ program Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan, sila hantar maklumat anda di shoutbox sembang-sembang dibawah blog kami @ emailkan kepada kami di :

jabamalwp@yahoo.com

Showing posts with label Perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label Perkhidmatan. Show all posts

Program Hi-Tea Wanita Pakatan Rakyat


Bahagian hadapan kediaman MB Selangor.

Pengarah Unit Amal Wilayah dan anggota yang baru tiba

Berkumpul di ruang legar luar kediaman MB Selangor


Solat Zohor dan ....

makan dahulu sebelum bertugas

Dr Syed Husin Ali turut serta menjamu selera bersama Unit Amal

Mula bertugas

Dewan Megawati yang terletak di bawah rumah MB tempat berlangsung program

Para wanita yang hadir


"Tugas dah selesai, mari pulang". Kata pengarah.

Pada hari Ahad 19 April yang lalu, Dewan Muslimat PAS Pusat dan Wanita PKR telah menganjurkan prgram Hi-Tea dan dialog di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam, Selangor.

Tajuk dialog yang diketengahkan dalam program tersebut adalah "Wanita Berdaya, Kita Bersaudara" yang mana Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali telah dijemput untuk membicarakan tentang tajuk berkaitan. Antara pimpinan wanita PKR, DAP dan Dewan Muslimat yang hadir adalah YB Dr Mariah Mahmud, YB Hjh Siti Zailah, Sdr Aiman Athirah Al-Jundi, YB Teresa Kok, YB Zuraida Kamarudin dan ramai lagi.

Dalam program tersebut, Unit Amal Wilayah Persekutuan telah dipanggil untuk membantu tugas-tugas keselamatan dan lalulintas sepanjang program berlangsung. Seramai 8 orang anggota yang telah memberikan perkhidmatan diketuai pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim.

Baca Lagi Selanjutnya......

Jamuan Aidilfitri : DAP Guna Khidmat Unit Amal

tiba di Stadium MPKJ

menjamu selera sebelum memulakan tugas


Pengarah Unit Amal WP bersama exco kerajaan negeri Selangor YB Ronnie Liew


mendengar taklimat tugasan


khusyuknya mendengar


ni nak bertugas ke nak bergaya


mengawal lalu lintas


menggantung banner yang senget


ketibaan YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS


tiga pimpinan utama parti Pakatan Rakyat bersiap untuk menjamu selera


untuk melihat gambar-gambar lain, sila klik butang dibawah




BANGI, 18 Okt 2008 -
Buat julung-julung kalinya Parti DAP menggunakan khdimat Unit Amal Wilayah Persekutuan dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran parti tersebut yang diadakan di Stadium MPKJ, Bangi.

Unit Amal yang sentiasa berkhidmat tanpa mengira bangsa atau parti telah menerima tugasan yang diminta oleh DAP untuk memastikan perjalanan majlis yang dianjurkan oleh parti tersebut berjalan dengan lancar.


Antara tugasan yang dilakukan oleh Unit Amal ialah mengawal lalulintas, memastikan keadaan kereta yang diletakkan oleh tetamu teratur dan mengawal keselamatan pemimpin daripada Pakatan Rakyat yang hadir. Antaranya seperti Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat serta Pengerusi DAP YB Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Dato Seri Lim Guan Eng.

Baca Lagi Selanjutnya......
 
Powered By Blogger | Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top